Showing posts with label unimap. Show all posts
Showing posts with label unimap. Show all posts

Thursday, 29 December 2011

12 AZAM tahun 2012



agak keterlaluan awal jugak untuk mengepost entri berkenaan azam tahun baru ni. tetapi kekangan masa menyebabkan entri ini dipost awal.

AZAM TAHUN BARU

siapa yang tak de AZAM (jum pegri cari boifren nama azam)?
bukan azam tu lah. azam ialah hasrat yang ingin dilakukan. selalunya semperna satu titik yang menjadi pemulaan sesuatu azam itu. melalui keazaman yang ada kita bertekad untuk melakukan dengan jayanya.

tetapi
sekiranya azam itu melampaui batas kemampuan. azam itu terpaksa di keep in view untuk sementara.

antara azam-azam saya yang tidak tercapai pada tahun 2011 ialah
-nak kurus kan badan macam shiela hamzah
-nak jadi kaya-raya siti nur haliza
-nak kawen dengan shahrul azwari
-nak DSLR mcm orang kaya
-nak couple dengan farid kamil
-nak dapat 4flat
-nak moto rx-z
-nak kereta api

jika dipikir balik memang tak logik hampir kesemua azam saya tu. lalu semperna tahun 2012 ni. saya ada 12 azam

AZAM 2012
1) NAK KURUS
2) NAK BAJET PERBELANJAAN
3) TAK MAU NAKAL DAH
4) NAK STUDY BETUL-BETUL
5) NAK JADI RETIS PELAJAR CEMERLANG

6) NAK CARI CALON IMAM 
7) NAK MEMPERBAIKI HIDUP
8) NAK SEBUAH KERETA
9) NAK PUTIHKAN KULIT
10) NAK TINGKATKAN STAMINA
11) NAK MASUK BIGGEST LOSSER
12) NAK BUAT SEMUA KAT ATAS NI


#doakan saya berjaya capai semua azam ini.
31.12.12 kita saksikan jawapannya

(:Daten yang suka sangat menaiP:)

Monday, 21 November 2011

SEMESTER 2



beberapa hari tangan tak mengetuk kekunci ini. rasa rindu la pulop.

ini adalah satu permulaan yang baru.biarpun masa berlalu mengores kenangan hitam. tetapi takkan aku lupa kenangan itu :)

di SEMESTER 2 TAHUN 1 SESI 2011/2012 , DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.
aku berharap segala kisah lalu takkan berulang.

ini bilik aku :)

jadual yang tersangan PACK!!



(:Daten yang suka sangat menaiP:)

Tuesday, 1 November 2011

TARIKH BERMAKNA ilysm



yeah hati berbunga-bunga bila nak buat post ni.
KENAPA?

sebab hari 1.11.11
 boleyh bayangkan tak bagaimana rasanya terasa disyurga


kenapa aku begitu happy. sebabnya just lagi 15 hari dah nak balik UniMAP.
i miss u alot UniMAP :)


that all. hehehhe



(:Daten yang suka sangat menaiP:)

Monday, 31 October 2011

before the end of the semester

assalamualaikum <3

bersawang sudah belog aku ni.lama betul tidak dirapikan.rindu jugak rasa hati.bukan sebab merajuk hati tetapi kesibukan yang melanda. wah rasa bagai di syurga sahaja. belog tempat luahan perasaanku. bukanlah tempat untuk mencerca orang.  jejari montok ku tetap mengetuk kekunci ini. 

1# kisah di tepi laut bersama mereka yang comel-hensem belaka

mereka yang menghabiskan makanan <3


kami semua satu rumah <3 


ini farah arya. lesbo saya 



matlyn yang comel dan afiqah 'baby'

dua mamat ni yang habeskan makan. tengs faizzudin n ikhwan jeff


rasanya setakat ini sahaja coretan ringkas aku. tak semua memori dapat aku paparkan kat sini. ada sesetengah yang hanya jadi sejarah. apa2 pun aku sayang korang semua.


p/s: gambar sapa yang tak de tu sowi lo aku cari gambar hampa tak dak :(



(:Daten yang suka sangat menaiP:)

Monday, 1 August 2011

SEBAK DI SAHUR PERTAMA :)

ASSALAMUALAIKUM..
selamat menyambut bulan puasa.
syaitan dah amek MC sebulan.
boley kita beribadat dengan sempurna
buktikan yang kita buat jahat di bulan lain kerana syaitan DURJANA.

entri ini terdetik untuk di ketuk-ketuk kekunci selepas sahur.
ini berkenaan titisan air mata.

yang baju maroon ni lah arwah mak saya. yang comel sikit tu saya

MAK
fatin rindu mak sangat-sangat
fatin sayang mak sangat-sangat
fatin nak peluk mak sangat-sangat
fatin nak cium mak sangat-sangat
fatin nak tido dengan mak sangat-sangat
fatin nak belai rambut mak sangat-sangat
fatin nak main telinga mak sangat-sangat
fatin nak buat semua ni kat mak
tp
fatin hanya mapu mimpi disiang hari sahaja
semua tu tak mungkin dapat fatin lakukan kat mak.

mak
tahun ni puasa pertama fatin tanpa mak
mak tau tak fatin rindu sangat dengar mak kejut fatin bangun sahur
rindu sangat-sangat
tahun ni sahur ayah yang kejut
fatin rindu sangat masakan mak
tahun ni ibu yang masak
fatin rindu mak sangat-sangat
tahun ni tak da sapa yang buatkan milo yang ada dlm peti ais untuk sahur
tadi fatin bukak peti ais
fatin lupa kata mak dah takda disini untuk buatkan milo
mak selalu paksa fatin minum air kosong 1 gelas besar
tahun ni fatin minum sendiri sebab tak da orang nk paksa
fatin dah gosok gigi tadi
selalunya mak yang letakkan ubat gigi atas berus gigi tu
mak fatin rindu mak

mak
fatin sekarang dah hidup berdikari cikit
cikit je lah
fatin dah masuk UniMAP sekarang
fatin ada banyak kawan
tapi 
fatin tak de mak 
fatin sedih sebenarnya
terlampau sedih
fatin tak da tempat nak mengadu

mak
tahun ni baju raya fatin tak cantik
sebab tahun-tahun yang lepas baju raya semua mak yang pilihkan
tahun ni fatin rasa tak bersemangat nak raya
fatin sunyi mak tahu tak
sunyi sangat
pergi takkan pernah berganti
fatin sayang mak sangat-sangat
tp
fatin tahu Allah lebih sayang mak
ada hikmah disebalik semua ni

لا تخافوا ولا تحزنوا. الله هو دائما معنا
(ayat yang diberi oleh seorang teman lama)


(:Daten yang suka sangat menaiP:)

Sunday, 31 July 2011

after a long jurney in UniMAP :)

ASSALAMUALAIKUM. 
lama sudah jejari ku tidak mengetuk kekunci di laptop ku ini.
bukan nak menyepi diri tapi diriku buzy di lama baru ku.
detik 5 jun 2011 aku melangkah kaki di pintu gerbang alam baru aku
UniMAP
seperti semua orang. aku juga dapat banyak memori indah dan tragis dialam baruku
tetapi ini menjadi lumrah melangkah ke alam barzah yang baru.










  


ini secara random gambar diambil. UniMAP u are in my heart :P
sayang UniMAP ketat2.



(:Daten yang suka sangat menaiP:)

HAK MILIK KEKAL(2010-THE END) by:) DATEN YUSFARINA