Monday, 1 August 2011

SEBAK DI SAHUR PERTAMA :)

ASSALAMUALAIKUM..
selamat menyambut bulan puasa.
syaitan dah amek MC sebulan.
boley kita beribadat dengan sempurna
buktikan yang kita buat jahat di bulan lain kerana syaitan DURJANA.

entri ini terdetik untuk di ketuk-ketuk kekunci selepas sahur.
ini berkenaan titisan air mata.

yang baju maroon ni lah arwah mak saya. yang comel sikit tu saya

MAK
fatin rindu mak sangat-sangat
fatin sayang mak sangat-sangat
fatin nak peluk mak sangat-sangat
fatin nak cium mak sangat-sangat
fatin nak tido dengan mak sangat-sangat
fatin nak belai rambut mak sangat-sangat
fatin nak main telinga mak sangat-sangat
fatin nak buat semua ni kat mak
tp
fatin hanya mapu mimpi disiang hari sahaja
semua tu tak mungkin dapat fatin lakukan kat mak.

mak
tahun ni puasa pertama fatin tanpa mak
mak tau tak fatin rindu sangat dengar mak kejut fatin bangun sahur
rindu sangat-sangat
tahun ni sahur ayah yang kejut
fatin rindu sangat masakan mak
tahun ni ibu yang masak
fatin rindu mak sangat-sangat
tahun ni tak da sapa yang buatkan milo yang ada dlm peti ais untuk sahur
tadi fatin bukak peti ais
fatin lupa kata mak dah takda disini untuk buatkan milo
mak selalu paksa fatin minum air kosong 1 gelas besar
tahun ni fatin minum sendiri sebab tak da orang nk paksa
fatin dah gosok gigi tadi
selalunya mak yang letakkan ubat gigi atas berus gigi tu
mak fatin rindu mak

mak
fatin sekarang dah hidup berdikari cikit
cikit je lah
fatin dah masuk UniMAP sekarang
fatin ada banyak kawan
tapi 
fatin tak de mak 
fatin sedih sebenarnya
terlampau sedih
fatin tak da tempat nak mengadu

mak
tahun ni baju raya fatin tak cantik
sebab tahun-tahun yang lepas baju raya semua mak yang pilihkan
tahun ni fatin rasa tak bersemangat nak raya
fatin sunyi mak tahu tak
sunyi sangat
pergi takkan pernah berganti
fatin sayang mak sangat-sangat
tp
fatin tahu Allah lebih sayang mak
ada hikmah disebalik semua ni

لا تخافوا ولا تحزنوا. الله هو دائما معنا
(ayat yang diberi oleh seorang teman lama)


(:Daten yang suka sangat menaiP:)

2 comments:

  1. datin , sabaq nah ? doakan mak ampa :) kmi sedih jugak kalo ampa cm nyh :(

    ReplyDelete

HAK MILIK KEKAL(2010-THE END) by:) DATEN YUSFARINA