Thursday 3 November 2011

today is happen again ;(



3 NOBEMBER 2011
.
.
.
.
.
.
.
.
3 NOBEMBER 2010

sudah genab setahun. iya la genab setahun. tak percaya. percayakanlah

peristiwa yang meluntuhkan semangat aku.
pemergian ibunda tercinta kembali ke sisi ALLAH S.W.T

gambar last arwah mak bersama ayah ;(

masa di cameron highland

raya aidilfitri bersama arwah mak 

masa diterangganu.




gambar terakhir arwah mak
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

cerita serba sedikit tenteng beliau

nama diberi ROBEAH BINTI SAMAD .lahir pada 5 nobember 1962 di kedah. mempunyai 6 adik-beradik. anak ketiga dari 6 adik beradik. beliau seorang yang ceria dan peramah. beliau juga seorang yang rajin serta penyayang. beliau telah berkahwin dengan mohd yusri(ayah aku) dan dikurniakan seorang bayi comel pada 10 jun 1993.

ketika mengandungkan bayi comel tersebut beliau telah disahkan mendapat penyakit mestynyier gravist(tak tau betoi ka dak ejaan) dalam bahasa melayunya sakit saraf. dalam dunia ni terdapat banyak jenis sakit saraf. beliau telah mendapat sakit saraf yang meliputi seluruh badan.. ketika mengandungkan bayi comel itu dia hampir lumpuh separuh badan. tetapi beliau kuatkan semangat untuk memberi peluang kepada bayi comel itu untuk hidup.segala rintangan dia lalui. dia menghadapi dengan penuh keikhlasan. tak mengenal erti sakit dan terus tabah mengahadapi dugaan ALLAH S.W.T. itulah hebatnya mak saya.

selepas bayi comel itu dilahirkan. beliau menjaga dan mendidik bayi comel itu.bayi comel yang batu hendak kenal erti dunia itu terus menangis tanpa henti. beliau memjuk dan mendodoi bayi tersebut tanpa jemu. ketika bayi itu dalam jagaan nenek-neneknya ibu muda itu sekali lagi bertarung nyawa untuk dirinya. beliau dibedah untuk kali pertamanya di dada untuk membuangg THAROID. selepas itu dia boleh menjalani hidup dengan sedikit bahagia. tetapi beliau terpaksa mmenjalani pembedahan kedua untuk membuang sisa THARIOD tu.

pahit getir bersamanya

memang semua sedia maklum aku dari kecil memang seorang yang hyperactive. suka loncat sana suka loncat sini suka rabat pokok suka terjun kerusi. itulah aku. si ibu ni dengan sabar menahan kerenah aku. masa kat rawang, family aku berniaga kuih untuk menambah pendapatan. bermacam-macam jenis kuih ada. kuih taik minyak faveret aku. sedap teruk2. ada satu ketika tu, ribut melanda. angin pertiup sederas wisel penamat. menerbangkan barang-barang jualan. talam,payung,pengepit,meja. jengjengjeng tiba satu talam telah jatuh kedalam parit yang besar.aku pun dengan pantas terjun kedalam parit tersebut. ketika itu aku dalam lingkungan 5 tahun lebih. aku terjun untuk menyelamatkan talam tersebut. akhirnya aku diselamatkan olah ayah aku sebab aku yang dihanyutkan. ada juga sekali tu aku nak bawa turun kuoh dari rumah flat. aku turun tangga sebab tak ada lift. aku pun turun tiba-tiba aku tergelincir dan jatuh, yang hebatnya aku jatuh seperti bola.toing toing bontot aku kat tangga dengan kuih yang masih utuh dia atas junjungan.

ketika pemergiannya

1 nobember 2010 : arwah mak aku telah mengadu sakit pinggang. aku telah menyapu ubat di kawasan pinggangnya. masa itu ayah aku sedang sibuk dengan mengendalikan kawasan pejabatnya yang sedang dinaiki air. arwah mak aku jugak ada batuk-batuk sebab 5 hari berturut-turut hujan tanpa henti. pada petang hari itu ayah telah membawa arwah mak ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. boleyh bayangkan tak arwah mak aku ni tengah sakit segala nurse n attenden kat situ buat derk ja. masa tu aku panass je. aku duduk kat atas kati bersama arwah mak aku sambil membaca sejarah sebab masa tu tinggal lagi 2 minggu sahaja lagi nak spm. selepas berejam menunggu arwah mak aku diberi rawatan. selepas 3 jam akhirnya mak aku dibenarkan pulang. kami sekeluarga pergi makan bihunsup di belakang yawata.

2 nobember 2010 jam 2 pagi : arwah mak aku diserang sesak nafas. aku dan ayah aku bergegas ke hospital berdekatan. ketika dalam perjalanan ke hospital air bah sudah mulai naik di beberapa kawasan yang kami lalui. ayah terus memecut kenderaan. sampai di hopital tersebut arawah mak aku diberi nubeliser ( orang2 yang athma tau la) sebanyak dua kali. selepas keadaan arwah mak aku semakin pulih arwah mak aku dibenarkan pulang. sampai di rumah kira kira jam 3.15. tiba-tiba mak aku diserang sekali lagi dengan asthma. tetapi kali ini lebih teruk. aku menyuap mak aku dengan ubat yang dibekalkan tadi. ayah aku pun bergegas amik kunci kereta lalu membawa mak aku kembali ke hospital. dalam perjalanan sebenarnya arwah mak aku dah nazak. ayah aku dah tahu. tapi aku tak tahu. ayh aku suruh urut dada arwah mak aku dan suruh aku mintak ampun. aku buat. memang betul aku banyak buat mak aku terasa. banyak buat mak aku sedih. sampai di hospital mak aku terus dibawa ke zon merah. keadaannya sangat kritikal. sangat-sangat. masa tu aku buntu. aku tak tahu apan nak buat. ayah aku disuruh nurse untuk ajar arwah mak aku mengucap. nurse sendiri cakap arwah mak aku mungkin takkan sedar. aku masa tu tak tahu apa nak buat. aku nagis je. aku hanya mampu berdiri disisi arwah mak aku. selepas memansang bantuan penafasan kat arwah mak aku. semua pihak berikhtiar mencari jalan untuk ke hospital sultanah bahiyah. jalan yang cepat telah ditengelami banjir. mereka terpaksa mengambil jalan jauh yang menelan masa sejam setengah. masa itu memang aku nak ikut ambulan. tetapi waris hanya seorang sahaja dibenarkan menaiki ambulan tersebut. aku berpesan kat ayah aku. jika terhjadi sesuatu kat mak aku aku takkan maafkan ayah aku. masa tua ku buntu sangat. selepas ayah aku sampai ke hospital tu ayah aku menelipon saudara-mara yang rapat. dan memberi tahu supaya aku di bawa ke sana dengan kadar segera. masatu perasaan aku hanya ALLAH yang tahu. jiran-jiran datang memberi sokongan. kawan-kwan arwah mak aku juga datang. kawan-kawan aku memberi sokongan dari telefon. aku dan ayah aku tidur di lobi wad HDW. surah yasin menjadi peneman arwah mak aku ketika itu.

3 nobember 2010 : pkol 6 pagi ayah aku mengejutkan aku suh bangun nak masuk kedalam. masa tu aku tak tahu apa. kami masuk kedalam. doktor kata nak buat operation buah pinggang tp tak boley sbb tekanan darah arwah mak aku tersangat rendah. aku masa tu masih terkapai2. ketika ayah aku keluar aku bersama arwah mak aku sepanjang masa. satu ketika. semua nurse berkumpul di katil arwah mak aku. aku masih blur. mungkin diaorng nak tambah ubat or sumthing. tiba-tiba yang mesin jantung arwah mak aku truf fall. jath seperti ni ------------------. aku tertanya-tanya. diaorang bertanya mana ayah. aku cakap ayah keluar kejap. diaorang suh kol. aku kol tapi ayah aku tak angkat. aku marah sgt. then ayah aku kol balik. aku suh datang dgn cepat. ayah pun sampai. nurse cakap kat ayah aku kata diorang dah cuba sedaya upaya tapi ALLAH S.W.T lebih menyayangi arwah mak aku. aku sangat tergejut dan tak boleh menerima keadaaan tersebut. aku menangis dan mengerakkan arwah mak aku. suh mak aku bangun. tapiriaksi dia negatif. mak aku tak bangun. aku marah mak aku. kenapa tak bangun. tak sayang aku ke. aku sedih. sedih sangat. aku terus bangun dan pergi kat ayah aku. aku peluk ayah aku. aku cakap mak tak sayang aku. ayah aku marah aku n cakap jgn mcm ni. mcm na ayah nak teruskan hidup kalo aku terus mcm ni. aku sedih sgt.

benda yang atin tak sempat buat untuk mak

atin tak sempat nak buat cupcake untuk mak masa arijadi mak
atin tak sempat nak bg mak tgk atin masuk university
atin tak sempat nak bahagiakan mak dengan duit atin
atin tak sempat nak bg mak tgk atin jumpa pasangan atin
atin tak sempat nak bg mak tgk atin pegang segulung ijazah
atin tak sempat semua tu mak atin tak sempat
kenapa mak pergi cepat sgt
atin rindu sangat kat mak
atin rindu suara mak
atin rindu cubitan mak
atin rindu ciuman mak

MAK ATIN MINTAK MAAF ATAS SEMUA DOSA ATIN.
TERIMA KASIH SEBAB MENGANDUNGKAN ATIN N MELAHIRKAN ATIN TANPA RUNGUTAN.
TERIMA KASIH SEBAB MEMBESAR DAN MENDIDIK ATIN.
I LOVE U MAK
SELAMAT HARI LAHIR MAK..
AL-FATIHAH..

P/S: kepada sesiapa yang masih mempunyai mak.
sayangilah mereka sbb mereka tiada gantinya didunia ini


(:Daten yang suka sangat menaiP:)

No comments:

Post a Comment

HAK MILIK KEKAL(2010-THE END) by:) DATEN YUSFARINA